top of page
Dengan bayaran RM35.00 ini anda akan mendapat “KEAHLIAN VIP KOLAM PANCING ABAH” seumur hidup dengan pelbagai keistimewaan!!. Apa keistimewaannya menjadi AHLI VIP KOLAM PANCING ABAH??


1. Pack Keahlian, Kad Ahli, Sehelai Tshirt dan Stiker Kenderaan
Sebagai “AHLI VIP KOLAM PANCING ABAH”, anda akan menerima satu pack keahlian, kad ahli, sehelai t-shirt rasmi Kolam Pancing Abah dan sekeping stiker kenderaan. Inilah identiti keluarga besar yang bakal terbentuk.

2. Diskaun Yuran Memancing Seumur Hidup!!
Kami amat menghargai anda yang menyokong Kolam Pancing Abah. Sebagai Ahli VIP Kolam Pancing Abah, anda akan mendapat diskaun setiap kali datang memancing di Kolam Pancing Abah. Percayalah, anda akan berjimat berkali-kali ganda. 

Harga Bukan Ahli : RM30/4jam dan penambahan masa RM7 sejam


Ahli Berdaftar : RM25/4jam dan penambahan masa RM6 sejam

Sebagai AHLI VIP KOLAM PANCING ABAH, anda akan jimat RM5 untuk 4 jam pertama dan RM1 setiap jam berikutnya!!!! Selama bila???? Seumur hidup!!!!!

3. Promosi EcoVenture
Kolam Pancing Abah terletak di dalam kawasan rekreasi EcoVenture Semenyih. Dengan menjadi ahli Kolam Pancing Abah, anda akan mendapat pelbagai diskaun dan promosi dari masa ke semasa ke atas segala aktiviti seperti Penginapan Chalet, ATV, Paintball, Mini Zoo, Motocross, Tapak Perkhemahan dan banyak lagi. Jom kita bawa sekelian ahli keluarga kita bersama. Kita memancing, mereka bergembira!! (Buat masa sekarang, semua aktiviti EcoVenture dalam pembinaan dan dijangkakan akan siap sepenuhnya pada masa terdekat)

4. Minuman Percuma
Pasti dahaga ketika memancing. Ya, anda akan mendapat minuman percuma setiap 1 sesi memancing di Kolam Pancing Abah. Jangan tak percaya!!! 

5. Hari Keluarga 
Pihak pengurusan akan merancang dari masa ke semasa untuk aktiviti sekelian ahli. Ayuh kita kembangkan lagi keluarga besar Kolam Pancing Abah. Sesekali kita adakan BBQ, makan-makan, game untuk anak-anak dan lain-lain aktiviti. Bayaran tetap dikenakan, tetapi sebagai ahli pasti lebih murah!!! Cukuplah jika pihak pengurusan ada untung sikit-sikit…janji keluarga besar kita ini semakin erat antara satu dengan yang lain!!!

6. Trip Memancing 
Jomm sesekali dapatkan pengalaman baru memancing di cabaran yang lain. Pihak pengurusan akan menganjurkan trip-trip memancing di lokasi-lokasi pilihan. Dari kolam, sungai, tasik atau laut. Sebagai “AHLI VIP KOLAM PANCING ABAH”, pasti lebih jimat dan berbaloi-baloi. Diskaun menanti!!!

7. Komisyen Buat Duit Kopi
Bagi ahli yang sudah mendaftar, anda boleh kenalkan keahlian ini kepada rakan-rakan yang lain. Setiap rakan yang anda kenalkan, anda akan menerima saguhati tunai sebanyak RM5.00 setiap seorang. Lepas juga duit kopi dan minyak kita!!.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai “AHLI VIP KOLAM PANCING ABAH”?

a. Anda boleh mendaftar keahlian pada bila-bila masa di kaunter Kolam Pancing Abah. Selepas mendaftar, anda akan mendapat token 2 jam memancing percuma, jika ada masa tambahan ianya dikira dengan kadar ahli iaitu RM6 sahaja.

b. Pihak pengurusan juga dari masa ke semasa akan membuka kaunter pendaftaran sebagai ahli dengan kerjasama dan persetujuan penganjur-penganjur pertandingan memancing. Nantikan setiap maklumat yang akan di update dari masa ke semasa.

Nota : 

• Keahlian hanya terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Jika ahli berumur kurang daripada 18 tahun, perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga

• Segala keistimewaan yang ditawarkan sebagai Ahli VIP Kolam Pancing Abah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. 

• Pihak pengurusan boleh membatalkan keahlian tanpa sebarang alasan.

• Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kecelakaan, kemalangan dan apa-apa perkara seumpanyanya ketika anda berada di kawasan kolam.

AHLI VIP KOLAM PANCING ABAH

© 2023 by TRS Media Sdn Bhd. Proudly created with Kolam Pacing Abah

  • Facebook Clean
bottom of page